Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

10 Kes Baharu Direkodkan, Lapan Kes Import

By 24 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilaporkan melibatkan lapan kes import dan selebihnya kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 9,267 kes, dengan kes aktif  kebolehjangkitan berjumlah 183 kes.

Dr Noor Hisham berkata lapan kes import yang dilaporkan membabitkan tiga warga tempatan dan lima bukan warganegara.

“Lapan kes import tersebut adalah dari negara Jepun dengan tiga kes di Sarawak, Indonesia dengan tiga kes (dua kes di Selangor dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Republik Maldives dengan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Mexico dengan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kedua-dua kes penularan di dalam negara melibatkan warga Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 10 kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sebanyak 8,959 kes iaitu 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut bagi virus itu kekal 125 kes.

Katanya sehingga kini, sembilan kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda