Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kolaborasi JaPen dan Jabatan Perangkaan Malaysia Hebah Banci Malaysia

By 10 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zamri Abd Razak/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Malaysia mewujudkan kolaborasi dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi membantu membuat hebahan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang sedang berlangsung sekarang sehingga Oktober depan.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, bersama-sama Jabatan Penerangan Negeri Terengganu bertemu orang ramai di kawasan rekreasi kaki Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi memberi maklumat mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Senaman ringkas sebelum acara mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Senaman ringkas sebelum acara mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu.

“Banci Penduduk dan Perumahan Negara diadakan sepuluh tahun sekali dan pada tahun ini, Jabatan Perangkaan Negara akan menjalankan tugas ini bagi memastikan input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita yang termaktub dalam perlembagaan.

“Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan untuk mendapat stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci pada suatu masa sebagai penanda arus bagi ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk,” katanya.

Maskot 'kakak banci' mengedarkan risalah bancian kepada pengunjung cilik Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Maskot ‘kakak banci’ mengedarkan risalah bancian kepada pengunjung cilik Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Menurut Uzir, dianggarkan 1.3 juta penduduk yang akan dibanci di Negeri Terengganu.

“Fasa pertama banci secara atas talian (e-census) telah bermula dari 7 Julai hingga 30 September ini. Manakala fasa kedua bermula dari 7 Oktober hingga 24 Oktober secara temuramah bersemuka.

Sebahagian peserta program bancian di kawasan rekreasi kaki Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Sebahagian peserta program bancian di kawasan rekreasi kaki Bukit Besar, Kuala Terengganu.

“Sehubungan itu, Jabatan Perangkaan memohon orang ramai memberi kerjasama kepada petugas yang menjalankan bancian bagi memastikan semua rakyat Malaysia dibanci kerana data yang diperolehi adalah demi masa depan negara,” katanya.

Turut hadir Pengarah Perangkaan Negeri Terengganu Mohd Sofi Ali dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Saharrudin Mohamed.

-ii-

Tinggalkan komen anda