Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Membudayakan Norma Baharu Tanggungjawab Bersama

By 8 Ogos 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Norlydiana Ishak/Unit Fotografi JaPen (Putrajaya)

PAGOH, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu dengan slogan ‘Bersama Hentikan Wabak COVID-19 di sini.

Menurut Muhyiddin, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat.

“Rakyat perlu terus bekerjasama dengan kerajaan khususnya para petugas kesihatan dan penguatkuasa undang-undang untuk memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian wabak ini.

Usaha membudayakan norma baharu di kalangan rakyat adalah tugas dan tanggungjawab setiap daripada kita - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Usaha membudayakan norma baharu di kalangan rakyat adalah tugas dan tanggungjawab setiap daripada kita – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Usaha membudayakan norma baharu dalam kalangan rakyat adalah tugas dan tanggungjawab setiap daripada kita.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri telah memberi penekanan terhadap pelaksanaan CAPP, iaitu “Cegah, Amal, Patuh dan Pantau” kepada masyarakat dalam usaha mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti,” katanya ketika merasmikan pelancaran tersebut.

Muhyiddin turut menyeru agar rakyat untuk memuat turun dan memanfaatkan aplikasi MySejahtera dengan sebaik yang mungkin kerana ia merupakan platform untuk memudahkan kerajaan menangani wabak COVID-19.

Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam (dua dari kanan) juara Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam (dua dari kanan) juara Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Kerajaan sentiasa memantau situasi terkini pandemik COVID-19 dan difahamkan terdapat beberapa negara yang sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin.

“Negara kita sedia membantu dalam usaha menghasilkan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa melalui pasukan petugas rentas Kementerian yang ditubuhkan pada bulan April lepas bagi meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan negara-negara lain dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan COVID-19,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan logo dan slogan Kempen Pembudayaan Norma Baharu, iaitu Bersama Hentikan Wabak COVID-19 yang merupakan ciptaan Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam, juara Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Buku Pembudayaan Norma Baharu  Komuniti yang mengandungi pelbagai penerangan dan infografik sebagai panduan dan rujukan orang ramai yang kini berperanan sebagai petugas barisan hadapan.

Buku Pembudayaan Norma Baharu
Komuniti yang mengandungi pelbagai penerangan dan infografik sebagai panduan dan rujukan orang ramai yang kini berperanan sebagai petugas barisan hadapan.

Muhyiddin turut melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu
Komuniti yang mengandungi pelbagai penerangan dan infografik sebagai panduan dan rujukan orang ramai yang kini berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam komuniti bagi mengekang penularan COVID-19.

Buku yang akan diterbitkan dalam pelbagai bahasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini juga boleh didapati dalam bentuk digital melalui imbasan kod QR dan laman sesawang www.infosihat.gov.my.

Pada majlis yang sama, beliau turut melakukan penyerahan peruntukan
bagi pelaksanaan Program Pembudayaan Norma Baharu di peringkat negeri bagi
memastikan kempen ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob merangkap Pengerusi Kempen Pembudayaan Norma Baharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr. Adham Baba dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Tinggalkan komen anda