
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/ Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mempertingkatkan lagi operasi dan penguatkuasaan ke atas pasar awam berikutan terdapat kes COVID-19 di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).
Menurut Datuk Bandar MBSP, Rozali Mohamud, apabila terdapat satu kes positif COVID-19 di SPS, MBSP mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan lagi kawalan di tiga pasar awam di daerah ini iaitu, Pasar Awam Sungai Bakap, Pasar Awam Taman Berjaya dan Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara.
“MBSP turut memperketatkan kawalan dengan menambah kekuatan anggota sebanyak 40 peratus dan meningkatkan kekerapan sanitasi dari dua hari satu kali kepada setiap hari di tiga pasar awam di SPS bagi menjamin keselamatan pengunjung,” kata beliau.
“Bermula 9 Ogos 2020, MBSP membahagikan anggota kepada tiga kumpulan bagi setiap daerah di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan di SPS bagi tujuan pemantauan premis perniagaan,” tambah beliau ketika lawatan di Pasar Awam Sungai Bakap di sini.
Turut hadir bersama-sama dalam lawatan tersebut adalah Setiusaha MBSP, Rosnani Mahmod, Timbalan Ketua Polis Daerah SPS, Baeyah Abdul Wahab dan Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail.
-ii-