Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKPP: Polis Gombak Kompaun 115 Individu

By 11 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah mengeluarkan 115 kompaun atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka dan aktiviti-aktiviti di pub atau kelab malam termasuk pelanggan.

“Kesalahan lain seperti masuk ke premis tanpa mencatatkan butiran dalam borang yang disediakan atau tidak berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.

“Pihak polis sentiasa menguatkuasakan pemantauan terhadap pematuhan prosedur PKPP dari masa ke semasa (24 jam),” katanya semasa sidang media di IPD Gombak semalam.

Menurutnya, hasil pemerhatian pihaknya mendapati secara keseluruhan tahap pematuhan terhadap prosedur masih tinggi.

“Namun, masih terdapat pihak yang ingkar prosedur yang ditetapkan termasuk pematuhan memakai pelitup muka.

“Pihak polis bersama agensi yang lain akan bekerjasama melaksanakan pemantauan pematuhan dan kompaun-kompaun akan dikeluarkan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Tinggalkan komen anda