Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Pastikan Tiada Bendera Koyak, Lusuh Berkibar – Shahril

By 9 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

BOTA, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Tiada kompromi kepada mereka yang membiarkan bendera kebanggaan negara, Jalur Gemilang berkibar dalam keadaan tidak sepatutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Khairul Shahril Mohamed menegaskan supaya tiada bendera yang koyak, lusuh dan tidak elok berkibar di bumi Perak Tengah khususnya dalam kawasan Parit.

“Kempen Kibar Jalur Gemilang bukan terletak di bahu Jabatan Penerangan sepenuhnya namun ia juga tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia.

“Selain itu, kempen ini bukan dihadkan pada bulan Ogos sahaja bahkan sepanjang masa sebagai tanda bangga menjadi rakyat negara ini.

Shahril ketika menyampaikan ucapan perasmian, di sini semalam.

Shahril ketika menyampaikan ucapan perasmian, di sini semalam.

“Besar harapan agar anak muda lebih bersemangat mencintai negara supaya kemakmuran ini dapat diterapkan dalam diri mereka,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Perak Tengah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, di sini semalam.

Turut sama, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Mohd Taip Ubah selaku Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Menurut Mohd Taib, jabatan sentiasa komited dalam memastikan kempen yang disaran kerajaan dijayakan sepenuhnya.

“Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menyampaikan mesej kerajaan yang mana kita rakyat Malaysia seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai salah satu tanda mengimarahkan Bulan Kebangsaan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda