Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penggal Pertama Sekolah Tahun Hadapan Dibuka pada 20 Jan 2021

By 4 Ogos 2020Tiada komen3 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Tarikh pembukaan penggal pertama persekolahan sesi 2021 di seluruh negara ditetapkan pada Rabu 20 Jan.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata tarikh itu ditetapkan berdasarkanĀ takwim tahun 2021 yang telah dimuktamadkan.

Beliau berkata takwim penggal dan cuti persekolahan bagi tahun 2021 itu disediakan dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemikĀ COVID-19.

ā€œJadi, penyelesaian untuk cabaran yang timbul sepanjang tempoh ini tentunya memerlukan pendekatan dan kaedah yang luar dari kebiasaan. Begitu juga dalam konteks pindaan takwim persekolahan dan takwim peperiksaan.

ā€œBerdasarkan tarikh baharu ini, kita buka (sekolah) jauh lebih lewat daripada biasa. Takwim persekolahan tahun 2020 telah dipinda dengan memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir tahun,ā€ katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan RakyatĀ di sini semalam.

Radzi berkata pengurangan cuti akhir tahun itu membolehkan pelajar mempunyai tempoh pembelajaran secara bersemuka yang mencukupi sebagai persediaan untuk tahun berikutnya.

Ini kerana terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui kaedah ā€˜Home-Based Learningā€™ sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata kaedah itu adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, pelajar dan ibu bapa selain ramai pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad.

ā€œJika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pembelajaran.

ā€œKementerian telah meneliti secara menyeluruh untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang bagi memastikan murid sekurang-kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti,ā€ katanya.

Selain itu, beliau berkata kementerian telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April lalu melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 pelajar.

Beliau berkataĀ dapatan kajian itu menunjukkan enamĀ peratus pelajar memiliki komputer peribadi;Ā 9.3 peratus memiliki komputer riba;Ā 5.8 peratus memiliki tabletĀ dan 46.5 peratus memiliki telefon pintar.

NamunĀ pada masa sama, katanya masih terdapat 36.9 peratus pelajar sekolah yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

ā€œDapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak memiliki peranti bersesuaian… terdapat juga kekangan dalam akses kepada Internet.

ā€œKeadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid,ā€ katanya.

Berikutan itu, Radzi berkata Home-based LearningĀ turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan melalui saluran TV Okey dan Tutor TV Astro 601 dan 603Ā serta rancangan radio pendidikan menerusi Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM.

Selain itu, terdapat guru yang melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada pelajar yang dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda