Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Program MyKP: Kerajaan Peruntuk RM1.17 Juta Bantu Nelayan

By 9 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan kira-kira RM1.17 juta bagi melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah program my Komuniti Perikanan (myKP) untuk membantuĀ nelayan diĀ 13 kawasan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ia meliputi bantuan perkakas dan peralatan peranti pengumpulan ikanĀ iaitu unjam atau tukunĀ serta kabinĀ di Pusat Transformasi Perikanan (FTC) myKP.

“DiharapkanĀ ianyaĀ dapat meningkatkan kecekapan operasi penangkapan ikan dengan pengurusan yang terkawal dan tersusun sertaĀ mengurangkan kos operasi penangkapan ikan selain menjimatkanĀ masa dan minyakĀ para nelayan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program melabuh unjam myKP di Jeti Nelayan Umbai, di Jasin semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan penubuhan myKP Umbai melibatkanĀ 17 nelayan yang menjalankan aktiviti pemprosesan ikan pekasam laut, penjualan ikan segar, membawa penumpang dan pemancing rekreasi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda