Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tujuh Kes Baharu Libatkan Lima Penularan dalam Negara, Dua Import

By 25 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) РSebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilapor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di negara ini sebanyak 9,274 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes.

‚ÄúDaripada lima kes penularan dalam negara, dua¬†kes adalah warga¬†Malaysia dan tiga¬†kes bukan warganegara,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan semalam.

Mengenai dua kes membabitkan warga tempatan itu, Dr Noor Hisham berkata kedua-duanya dikesan di Sarawak iaitu satu kes melalui saringan di tempat kerja manakala satu kes lagi adalah saringan sebelum bersalin.

Menurut beliau, kedua-dua kes berkenaan tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

‚ÄúTiga kes penularan¬†dalam negara¬†melibatkan¬†bukan warganegara¬†dikesan di¬†Sarawak¬†menerusi dua kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; dan satu¬†kes sebelum balik ke negara asal,‚ÄĚ jelasnya.

Bagi dua kes import, yang kedua-duanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata ia membabitkan warga tempatan yang masing-masing mendapat jangkitan dari Filipina dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak enam kes telah pulih COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada virus itu adalah 8,965 kes atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau juga berkata tiada pertambahan kes kematian dilapor hari ini dengan jumlah keseluruhan maut akibat COVID-19 kekal sebanyak 125 kes.

‚ÄúSehingga kini, terdapat lapan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan¬†lima¬†kes memerlukan bantuan pernafasan,‚ÄĚ katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan tiada kes baharu dilapor bagi Kluster Tawar hari ini, namun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan.

Setakat ini, seramai 3,436 orang telah disaring dalam kluster ini yang merangkumi tiga negeri iaitu 2,907 individu disaring di Kedah membabitkan 54 kes positif, 2,393 individu negatif dan 460 individu masih menunggu keputusan, katanya.

‚ÄúDi Pulau Pinang¬†pula, seramai¬†518 individu disaring dengan¬†11 kes¬†adalah positif, 506 individu negatif¬†dan satu individu masih menunggu keputusan¬†sementara¬†di¬†Perak kekal¬†melibatkan 11 saringan dengan kesemuanya¬†negatif,‚ÄĚ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda