Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PDRM Tahan 515 Individu Ingkar PKPP Semalam – Ismail sabri

By 25 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahanĀ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dan daripada jumlah itu 440 individu telah dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkataĀ daripada jumlah itu, 69 individu direman dan enam individu telah dijamin dalam operasi menerusiĀ Task Force Operasi Pematuhan itu.

Katanya antara kesalahanĀ tertinggi dilaporkan adalah aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikalĀ iaitu 252 individu dan aktiviti di dalam kelab malam (205 individu).

“KesalahanĀ lain termasukĀ gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (18), tidak memakai pelitup muka (17), gagal mematuhi arahan kuarantin (dua), premis beroperasi lebih masa (10), premis tanpa lesen (dua), aktiviti perjudian (tujuh) dan gagal lunaskan bayaran kompaun (dua),” katanyaĀ dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP,Ā semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkanĀ seramai 15,980 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsaĀ sejak 24 Julai lalu.

KatanyaĀ mereka ditempatkan di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 7,466 individu sedang menjalani proses kuarantinĀ wajib manakala 55 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 8,459 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Mereka telah pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand danĀ Amerika Syarikat.

Ismail Sabri berkata PDRM turut mengadakan 434 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

PDRM turut mengambil tindakan terhadapĀ seorangĀ individu kerana gagal mematuhiĀ prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di kediaman yang ditetapkan, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda