Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

40 Gelung Simen Disumbang dalam Kempen Perlupusan Sampah Kendiri

By 17 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40 gelung simen disumbangkan kepada 40 penduduk Kampung Senggang dalam mempergiat Kempen Perlupusan Sampah Kendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chandan Maslin Sham Razman, berkata pemberian ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya dalam menguruskan perlupusan sampah dengan cara yang betul.

“Selain itu, saya berterima kasih juga kepada Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar yang menyumbangkan Kit Bumi Hijau kepada penduduk di mukim ini.

“Bertepatan dengan slogan ‘Tanam Apa Dimakan dan Makan Apa Yang Ditanam’, saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam tempoh pandemik yang melanda sekarang ini,” katanya ketika ditemui sempena Program Kembara Ilmu dan Kayuhan Merdeka@Komuniti Hari Malaysia dan Program Bumi Hijau, di sini semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda