Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

400 PATI Filipina Diusir Balik ke Negara Asal

By 24 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin/MKN Sabah

KOTA KINABALU, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 400 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina diusir ke negara asal menaiki kapal dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata semua tahanan dipastikan berada dalam keadaan ‘fit to travel’ sebelum diusir sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Tahanan yang didapati sakit akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu.

“Semua tahanan juga menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Petugas kesihatan yang bersiap sedia untuk membuat proses sanitasi.

Petugas kesihatan yang bersiap sedia untuk membuat proses sanitasi.

Tambah Saleha, walaupun berdepan risiko dijangkiti COVID-19, MKN Sabah bersama-sama Jabatan Imigresen Malaysia Sabah serta semua agensi terlibat tidak gentar untuk terus menguatkuasakan tindakan ke atas Pendatang Tanpa Izin (PATI) demi menjaga kedaulatan negara.

“Kami tidak pernah jemu untuk mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama membantu dalam mengekang kebanjiran PATI yang kini turut menjadi ancaman penyebaran wabak COVID-19 di negara kita.

“Tidak perlu mengangkat senjata, dengan memberikan maklumat berkenaan pencerobohan atau kehadiran PATI kepada pasukan pencerobohan keselamatan atau agensi penguatkuasaan juga menjadi sumbangan dan bantuan yang amat bermakna,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda