Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Agrobazaar Bantu Usahawan Tempatan

By 30 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Luqmanul Hakim (Seremban)

SEREMBAN, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Agrobazaar berperanan menstabilkan harga serta menjamin bekalan bahan makanan di pasaran tempatan.

Menurut Pengurus Operasi FAMA Food Negeri Sembilan Melaka, Rahim Baharin, ketika pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku peningkatan harga dalam pasaran tempatan dan pembekalan juga tidak menentu.

“Dengan menawarkan berbagai produk, Agrobazaar akan menjadi pusat sehenti bagi mendapatkan produk-produk yang berasaskan pertanian disamping menjadi satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS),” ujarnya.

Rahim menunjukkan produk yang dipasarkan oleh usahawan di Agrobazaar Sendayan.

Rahim menunjukkan produk yang dipasarkan oleh usahawan di Agrobazaar Sendayan.

Tambah Rahim, Agrobazaar bukan sahaja membantu usahawan untuk memasarkan barangan mereka tanpa mengambil keuntungan malahan dapat membantu menjana ekonomi para usahawan.

“Pihak FAMA amat komited dalam membantu para peniaga IKS, seperti di Agrobazaar Sendayan ini sendiri terdapat 32 usahawan yang memasarkan produk mereka di sini.

“Objektif penubuhan Agrobazaar adalah untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus selain menjadi sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing diperingkat yang lebih terbuka,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda