Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

WINS Perkasa Golongan Wanita

By 30 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Shariffuddin Saedin (Seremban)

SEREMBAN, 30 Sep (Malaysiaaktif) – JabatanKemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) ‘Wanita Glokal Inspirasi Negara’ yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaluddin.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS Malaysia Ahmad Kamal Idris, objektif program tersebut diadakan adalah untuk memperkasakan golongan wanita secara holistik daripada pelbagai sudut.

“Pemerkasaan tersebut merangkumi sudut kemahiran kendiri, ilmu pengetahuan, penglibatan dan peluang dari aspek keusahawanan, kesihatan dan sosial yang seimbang.

“Peserta yang terpilih untuk menyertai program itu adalah terdiri daripada usahawan-usahawan rintis KEMAS dan peserta kelas kemahiran KEMAS yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah serta golongan wanita yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Dalam pada itu, program seumpama ini akan dapat memberi pengetahuan mengenai insentif-insentif pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disamping para peserta dapat berkongsi pandangan, pengalaman secara langsung dengan usahawanita dan tokoh yang berjaya agar dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi mereka.

-AK

Tinggalkan komen anda