Skip to main content
Berita TimurTerengganu

DUN Buluh Gading Dinobat Konvoi Terbaik Ambang Merdeka

By 3 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 3 Sep (Malaysiaaktif) –Kira-kira 250 peserta daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kuala Nerus menyertai Program Konvoi Merdeka bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata program itu wajar diraikan menerusi program kerakyatan seperti berkonvoi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ketuai konvoi bermotosikal.

Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ketuai konvoi bermotosikal.

“Kemerdekaan adalah anugerah yang Allah Taala beri kepada kita untuk mengecapi keamanan dalam beribadah dan bermasyarakat. Jagalah pemberian kemerdekaan ini dan manfaatkan ia sebaik mungkin,” ujarnya ketika merasmikan program Konvoi Ambang Merdeka, di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali menyampaikan hadiah cabutan bertuah usai program konvoi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali menyampaikan hadiah cabutan bertuah usai program konvoi.

Penganjuran kali ini adalah bertujuan bagi menyatakan kesetiaan dan semangat patriotisme kepada negara sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang disambut oleh rakyat Malaysia.

Konvoi sejauh 30 kilometer tersebut berakhir di Dataran Drawbridge dan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Motosikal Paling Cantik, Individu Kreatif & Patriotisme dan Team Konvoi Terbaik serta hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

Mohamad syakirin Abdul Rahim mewakili peserta DUN Buluh Gading menerima hamper.

Mohamad syakirin Abdul Rahim mewakili peserta DUN Buluh Gading menerima hamper.

Sementara itu, pasukan bermotosikal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dinobatkan sebagai konvoi terbaik dalam program Konvoi Ambang Merdeka bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus kali ini.

Peserta membanjiri Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu selepas selesai konvoi bermotosikal.

Peserta membanjiri Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu selepas selesai konvoi bermotosikal.

Turut serta menunggang motosikal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Mohd Fazil Wahab dan Pegawai Daerah Kuala Nerus Ariffin Abdullah.

Tinggalkan komen anda