Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Inap Desa Cinta Kobuni Jana Peluang Ekonomi

By 7 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Len (Sabah)/Inap Desa Cinta Kobuni

INANAM, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Penglibatan kira-kira 100 penduduk Kampung (Kg.) Kobuni mengusahakan Inap Desa Cinta Kobuni raih pendapatan lumayan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan.

Menurut penyelaras inap desanya Emalia Rabin, 42, penglibatan Kg. Kobuni dengan aktiviti pelancongan desa bermula semenjak tahun 90-an.

“Program pengalaman pelancongan desa Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan.

“Bagi tujuan pelesenan, Kg. Kobuni berjaya memenuhi piawaian tujuh badan berkuasa antaranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Persatuan Homestay Sabah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Wanita Kg. Kobuni dalam persalinan tradisional suku kaum Dusun.

Wanita Kg. Kobuni dalam persalinan tradisional suku kaum Dusun.

Beliau berkata, uniknya Inap Desa Cinta Kobuni ini adalah penglibatan penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia sama ada kebudayaan, penyediaan makanan, pemandu pelancong, protokol, dan hos inap desa itu sendiri.

Sementara itu, Ketua Kg. Kobuni Aji Rombuton, menjelaskan penglibatan suri rumah dan anak-anak muda dalam perusahaan inap desa ini mampu menjana sumber ekonomi sekaligus meneroka potensi pendapatan tambahan.

“Tarikan-tarikan semulajadi yang terdapat di kawasan berhampiran Desa Cinta Kobuni adalah seperti Air Terjun Ulu Kionsom, Mari-Mari Cultural Village dan Nuluh Kalangadan menawan hati penerbit tempatan sehingga menjadikannya lokasi pengambaran drama bersiri Bagaikan Novel Cinta.

Anak sungai dari kawasan air Terjun Kionsom antara landskap istimewa Kg. Kobuni.

Anak sungai dari kawasan air Terjun Kionsom antara landskap istimewa Kg. Kobuni.

“Kami juga diiktiraf oleh DBKK sebagai Kampung Tanpa Sampah pada 2017 dan pernah memenangi Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah bagi kategori Kg. Tradisional 2019,” katanya.

Menerima dana berjumlah RM600,000 daripada Kementerian Perumahan dan Luar Bandar (KPLB), Koperasi Desa Cinta Kobuni memanfaatkannya untuk pembelian dua buah van, pembinaan dua gazebo, dua pelantar, empat jambatan, khemah serta dana pengurusan.

Beliau menzahirkan harapan agar kemahiran tenaga kerja sumber manusia dapat ditingkatkan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengunjung Desa Cinta Kobuni kelak.

-SH

Tinggalkan komen anda