Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

70 Ahli Skuad AADK Jayakan Program K.A.M.I. di Kota Setar

By 7 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Muhamad Azrul Abdullah (Kota Setar)

ALOR SETAR, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Program K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasj) Prihatin berjaya menggerakkan 70 orang ahlinya mengedarkan risalah berkaitan pencegahan dadah di sekitar kawasan sini.

Menurut Ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar Dr Zaki Zamani Abdul Rashid, mereka bersama 70 orang ahli dari Skuad AADK dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) belia bergerak dari rumah ke rumah mengedarkan risalah-risalah ini.

“Ini merupakan program hebahan maklumat tentang pencegahan dadah, penjagaan kesihatan dan kesedaran undang-undang melalui risalah.

“Kami telah menjalankan aktiviti ini di tujuh buah perkampungan nelayan Kuala Kedah sebagai wadah mesej bergerak antaranya ke Kampung Tengah, Kampung Tok Pasai, Kampung Balai, Kampung Tepi Laut, Kampung Sematang Pinang, Kampung Ulu dan Taman Kota Nelayan,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut, di sini baru-baru ini.

Skuad AADK bergambar kenangan pada Program K.A.M.I.

Skuad AADK bergambar kenangan pada Program K.A.M.I. di sini.

Beliau turut menyatakan bahawa melalui kempen ini, mereka memberikan pengisian kepada ahli skuad sebelum bergerak menyampaikan maklumat berkaitan kesan dadah kepada invididu dan komuniti.

“Ahli skuad ini turut membantu dalam Program Memusnahkan Port di Kawasan Rintis seperti yang diadakan pada 5 September lalu di Jalan Kilang Baja, Kuala Kedah,” katanya.

Beliau turut berharap agar lebih ramai sukarelawan dapat menyertai skuad ini, antara syarat utama ialah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan.

“Permohonan hendaklah dibuat secara online di https://skuad.adk.gov.my atau muat turun aplikasi telefon pintar (Google Play Store atau IOS Apps Store) carian Skuad Antidadah untuk memohon.

“Semoga usaha ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat di samping memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda