Skip to main content
Berita TimurPulau Pinang

Pesara Tentera, Guru dan Polis Dihargai Dalam Program Merdeka@Komuniti

By 4 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Sharif (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 10 orang penduduk dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Berangan, terdiri daripada pesara tentera, guru dan polis yang pernah berkhidmat sewaktu zaman sebelum kemerdekaan Malaysia telah dipilih sebagai Tokoh Merdeka 2020.

Majlis Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan Nor Hafizah Othman kepada tokoh-tokoh tersebut di dalam program Merdeka@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara. Penerima Anugerah juga turut menerima Sijil Penghargaan dan hamper setiap seorang.

Ucapan Perasmian oleh Nor Hafizah Binti Othman, ADUN Permatang Berangan.

Ucapan Perasmian oleh Nor Hafizah Binti Othman, ADUN Permatang Berangan.

Menurut Nor Hafizah, Anugerah ini merupakan penghargaan kerajaan dalam mensyukuri dan mengingati jasa serta pengorbanan mereka dalam usaha mencapai kemerdekaan negara dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini.

Menurut salah seorang penerima anugerah, Haroon Awang, pernah berkhidmat sebagai guru, amat berterima kasih kepada ADUN, Norhafizah Othman kerana pengiktirafan ini.

Haji Haroon Awang antara penerima anugerah Tokoh Merdeka 2020 KADUN Permatang Berangan.

Haroon Awang antara penerima anugerah Tokoh Merdeka 2020 KADUN Permatang Berangan.

“Sepanjang Konvoi Merdeka tadi saya menitis air mata kerana berasa sebak dan terharu diatas penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepada kami semua. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan melihat jasa dan pengorbanan kami dihargai,” katanya.

Dalam program sama yang turut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Utara Nurazreen Abd Rahman, seramai 25 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk Unit Bergerak Jabatan Penerangan Malaysia serta 10 buah motosikal telah menyertai Konvoi Merdeka dan menjelajahi seluruh kampung dan taman di sekitar Permatang Berangan.

Anugerah Diterima oleh Tokoh Merdeka 2020 KADUN Permatang Berangan.

Anugerah Diterima oleh Tokoh Merdeka 2020 KADUN Permatang Berangan.

Konvoi turut dimeriahkan dengan lagu-lagu patriotik yang diperdengarkan melalui corong speaker Unit Bergerak Jabatan di sepanjang perjalanan sebelum berakhir di Padang Awam Taman Cempedak. Aktiviti lain turut dimeriahkan seperti mengacau Bubur Asyura serta pertandingan basikal dan kereta berhias.

Pertandingan basikal berhias.

Pertandingan basikal berhias.

Program Merdeka@Komuniti adalah program turun padang Jabatan Penerangan Malaysia bersama pemimpin tempatan untuk mendekati masyarakat setempat dan menyampaikan mesej kenegaraan serta menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

-ii-

Tinggalkan komen anda