Skip to main content
HomePutrajaya

Kerajaan Cari Jalan Turunkan Harga Barangan Di Sabah dan Sarawak – PM Muhyiddin

By 25 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: gambar fail

PUTRAJAYA, 25 Sep (Malaysiaaktif) РTan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan kini menjalankan kajian terperinci dalam mencari jalan untuk mengurangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawak di mana harga kebanyakan barangan terutama makanan, dijual lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Perdana Menteri berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan beliau telah mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi untuk menyediakan laporan.

“Saya bagitahu, Alex kamu perlu¬†kaji¬†mengapa kos sara hidup di Sabah¬†dan¬†Sarawak sentiasa lebih tinggi berbanding¬†di Semenanjung.

“Kita ada skim bantuan, subsidi untuk pengangkutan yang masih berjalan supaya kita dapat kurangkan harga, tetapi aduan kita masih terima, kerana saya¬†mendengar¬†keluhan serta rintihan¬†di lapangan, saya tahu apa yang rakyat¬†Sabah rasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di program ceramah perdana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di sini malam ini.

Muhyiddin berkata antara lain, kajian akan turut melihat sama ada harga barangan lebih tinggi kerana dipengaruhi polisi Kabotaj, peniaga sengaja mengambil untung lebih banyak atau masalah pengangkutan.

“Apa jua permasalahan ini akan dikaji¬†Kerajaan Persekutuan, nanti saya nak minta laporan tentang cara bagaimana kita dapat cari jalan, ikhtiar untuk tentukan supaya¬†kos sara hidup¬†di Sabah dan Sarawak dapat kita turunkan,” katanya.

Perdana menteri berkata antara strategi beliau termasuk mengeluarkan sebanyak mungkin bahan makanan menggunakan sumber alam yang banyak di kedua-dua negeri.

“Saya rasa¬†di sini masih banyak tanah, ada sungai, ada laut, ada hutan belantara dan ada tanah yang terbuka luas‚Ķ Kita gunakan untuk tanam apa sahaja, kalau lebih tanamannya boleh dijual ke Hong Kong,¬†China dan sebagainya, itu pasaran yang kita ada.

“Tetapi yang penting ialah untuk bekalkan setiap makanan¬†kepada rakyat di Sabah dengan harga berpatutan, ini yang akan kita buat dan ia bukan hanya untuk Sabah¬†tetapi¬†juga untuk seluruh negara,” katanya.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara, Muhyiddin memberi komitmen untuk memastikan negara mempunyai jaminan bekalan makanan yang mencukupi.

“Bila sebut soal¬†jaminan makanan ini, Singapura adalah negara nombor satu¬†di dunia yang dikatakan dalam soal makanan, jaminan makanan itu telah ada.

“Malaysia pula di tangga ke-28 di bawah sedangkan Malaysia mempunyai khazanah muka bumi yang banyak.

“Tetapi kita tidak mempunyai hasil yang cukup untuk menampung penggunaan kita, ini adalah serius dan kita perlu menelitinya,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda