Skip to main content
HomePutrajaya

Mayat Nelayan Ditemukan di Bawah Bangsal Ikan

By 1 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Mayat seorang nelayan ditemukan terbaring di bawah bangsal ikan di Kuala Paka, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata Ramli Abdul Rahim, 44, dilaporkan tinggal bersendirian di bangsal berkenaan dan kali terakhir dilihat kira-kira pukul 9 pagi semalam di sekitar kawasan sama.

“Mayat Ramli dijumpai kira-kira pukul 10.50 malam oleh enam rakannya, sebelum seorang daripada mereka bertindak menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda