Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Seminar Melakaku Maju Jaya Rangka 175 Strategi Hingga Tahun 2035

By 1 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hafif bin Zainurdin (Melaka)

MELAKA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seminar Melakaku Maju Jaya anjuran Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Ogos bagi merangka 175 strategi dari pelbagai portfolio untuk memajukan negeri Melaka sehingga 15 tahun mendatang.

Sebanyak 11 portfolio jawatankuasa negeri telah dibentang untuk makluman Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali di Grand Ballroom MITC, baru-baru ini. Perancangan dan strategi ini telah dibincang bersama agensi-agensi kerajaan di bawah portfolio masing-masing.WhatsApp Image 2020-08-28 at 16.13.32 (1)

Antara portfolio yang dibentang ialah Jawatankuasa Negeri Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan 39 strategi, Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar 15 strategi, Jawatankuasa Negeri Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau 23 strategi, Jawatankuasa Negeri NGO, Pembangunan Belia dan Sukan 11 strategi, Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan mempunyai 3 strategi.

Manakala bagi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan 4 strategi, Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur 20 strategi, Jawatankuasa Negeri Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi 10 strategi, Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Anti Dadah 17 strategi, Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri Melaka 9 strategi dan Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna 24 strategi.WhatsApp Image 2020-08-28 at 16.13.33

Berucap ketika majlis penutup, Ketua Menteri Melaka berharap agar pelan perancangan yang akan melangkaui tiga Rancangan Malaysia iaitu RMK-12, RMK-13 dan RMK-14 ini bukanlah sekadar suatu penulisan di atas kertas atau perancangan tanpa tindakan.

“Kesemua pelan perancangan dan strategi ini akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita perhalusi pelaksanaannya bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Semua pihak harus bekerjasama bagi memastikan perancangan ini mendapat pelaksanaan sewajarnya bagi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Pemantauan akan dilakukan agar segala pelaksanaan akan bergerak tepat pada masanya,” ujarnya.

Turut hadir ke majlis ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Rauf Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Hasim Hassan.

-KN

Tinggalkan komen anda