Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pendekatan Agresif Bendung Dadah

By 30 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: RA Othman/Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang, berkolaboratif dengan Pejabat Penerangan Daerah Marang dengan mengadakan kempen kesedaran tentang penyalahgunaan dadah melalui laungan hebahan pembesar suara unit bergerak Penerangan ke seluruh pelosok kampung.

Pegawai AADK Marang Roslina Awang, berkata kolaborasi ini merupakan salah satu pendekatan baharu yang diambil oleh AADK untuk memastikan masyarakat terutamanya golongan muda menyedari dan memastikan ahli keluarga masing-masing tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Mengikut statistik, seramai 85,575 orang belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah bagi tahun 2014 hingga 2018 di negara kita.

“Golongan belia juga merupakan golongan yang paling tinggi terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Golongan belia adalah aset negara yang patut dijaga supaya menjadi pelapis kepimpinan negara yang terbilang.

Golongan belia adalah aset negara yang patut dijaga supaya menjadi pelapis kepimpinan negara yang terbilang.

Roslina berkata, ekoran jumlah peningkatan yang membimbangkan ini, AADK seluruh negara kini giat mengadakan pemeriksaaan dan serbuan setelah menerima aduan orang ramai di sesebuah kawasan tentang penyalahgunaan dadah.

“Peningkatan jumlah begini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana belia merupakan aset negara yang sepatutnya menjadi pelapis kepimpinan pada masa hadapan bukannya menjadi beban pada negara akibat dadah durjana,” katanya.

Selain itu juga, AADK Marang turut menganjurkan program ‘Tomorrow’s Leader’ dengan kolaboratif institusi pendidikan tempatan seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dan Institut Latihan Industri (ILP) Marang serta sekolah-sekolah dan juga bersama golongan belia setempat.

Pelajar TESDEC tekun mendengar ceramah bahaya dan jenis-jenis hukuman akibat penyalahgunaan dadah yabg disampaikan oleh Pegawai Polis jemputan.

Pelajar TESDEC tekun mendengar ceramah bahaya dan jenis-jenis hukuman akibat penyalahgunaan dadah yabg disampaikan oleh Pegawai Polis jemputan.

“Program ini dilaksanakan bagi memastikan agenda pembebasan institusi pendidikan daripada penyalahgunaan dadah dapat diperluaskan dan memberi maklumat berguna kepada para pelajar,” ujarnya ketika ditemuramah selepas program berlangsung di TESDEC, Bukit Khor, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, AADK turut membawa pegawai-pegawai polis menjelajah ke kampung-kampung di Marang melalui program bersama komuniti yang diberi nama ‘Program Family on Alert (F.O.A)’ bagi membangkitkan rasa tanggungjawab ibu bapa menjaga anak-anak mereka supaya menjauhi dadah.

Golongan Ibu bapa yang prihatin turut menjadi peserta dalam program anjuran AADK.

Golongan Ibu bapa yang prihatin turut menjadi peserta dalam program anjuran AADK.

Inisiatif program ini diteruskan ekoran pentingnya bagi memastikan semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan dapat sama-sama menghayati dan memahami tentang bahaya penyalahgunaan dadah terhadap diri mereka sendiri.

-ii-

Tinggalkan komen anda