Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Perkasakan Maklumat Bancian – Ikram

By 26 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Shahrul Azril Sulaiman (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Banci penduduk diwajibkan kepada orang awam bagi tujuan mengumpul stok dan profil penduduk yang mana meliputi ciri-ciri demografi dan sosio ekonomi.

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Mohd Ikram Ahmad, perancangan dan pembangunan negara dibuat berteraskan bancian penduduk ini dan disebabkan itulah ia diwajibkan kepada semua orang yang tinggal di negara ini.

“Banci penduduk bermula 7 Julai hingga 30 Oktober ini maka kita berharap kerjasama daripada orang ramai untuk menjawab bancian ini demi masa depan negara,” katanya yang mewakili Penolong Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Daerah Kuala Kangsar/Sungai Siput ketika berucap pada program Latihan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada Penyelia Peringkat Negeri Perak khususnya di daerah ini, di sini semalam.

Menurut Ikram, seramai 81 orang penyelia baru telah mengikuti latihan ini bagi memberi pendedahan tentang skop tugas bancian yang akan dijalankan.

“Saya berharap agar semua penyelia yang bakal menjalankan tugas ini dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

“Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga kepada semua penyelia baru kerana dapat berkecimpung dalam dunia bancian ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda