Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Program Ziarah Santuni Masyarakat Setempat

By 24 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU , 24 Sept (Malaysiaaktif) – Sebanyak 132 buah keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan barangan keperluan asas dalam Program ‘Ziarah Rumah Ke Rumah’ oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MOKK) serta Ahli Majlis Daerah Rembau.

Menurut penyelaras program, Siti Rohaida Abd Majid, program tersebut merupakan usaha murni PAID Rembau dalam meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan selain menjalin ukhwah dan memperluaskan rangkaian strategik dalam mengumpulkan maklumat tentang masyarakat setempat yang perlu dibantu.

“Program yang telah dijalankan di kawasan Rumah Rakyat Pekan kota tersebut merupakan usaha turun padang PAID Rembau kepada golongan sasar untuk mengenalpasti dan mendalami masalah masyarakat selain mengumpul maklumat keluarga yang kurang berkemampuan untuk direkodkan dalam pengkalan data untuk rujukan di masa hadapan.

“Walaupun sumbangan yang diberikan adalah tidak seberapa namun ianya amat bermakna kepada penerima dan ini merupakan program pertama diadakan di Rembau dan usaha ini akan diteruskan lagi ke kawasan lain pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui.

Antara penerima sumbangan.

Antara penerima sumbangan.

Manakala menurut penerima sumbangan, Zaleha Ali, 71, beliau amat berterima kasih kepada PAID Rembau kerana sudi datang berziarah ke rumah dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan, sedikit sebanyak membantu meringankan keperluan keluarga.

Seramai 60 orang pegawai terdiri daripada semua Pegawai Agama Islam Daerah dalam Negeri Sembilan, anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ahli Majlis Daerah Rembau serta masyarakat setempat juga menyertai program tersebut.

Turut serta, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau Mohd Fadhli Yutiman.

-AK

Tinggalkan komen anda