Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PTPN 2021-2025 Eratkan Perpaduan Rakyat

By 3 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Sufe Fuddin Sudin (Langkawi)

LANGKAWI, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Pelan Tindakan Perpaduan Nasional (PTPN) merupakan dokumen rasmi kerajaan yang menggariskan usaha-usaha kementerian dan agensi dalam mencapai hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang menjulang perpaduan dan penyatuan nasional.

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi Zulkifli Abdullah, memaklumkan PTPN merupakan rangka kerja yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2021-2025) dan berteraskan kepada Rukun Negara yang telah terbentuk 50 tahun yang lalu.

“Saya berharap agar semua warga Langkawi mengemukakan maklumbalas berkaitan PTPN ini kerana ianya tidak lain adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama,” katanya ketika merasmikan program Sesi Maklum Balas Rakyat  Berhubung Draf PTPN 2021-2025, anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Daerah Langkawi, di sini semalam.

Pegawai Perpaduan Daerah Langkawi Mohd. Norazam Azizan, 40, draf pelan tindakan ini merupakan platform untuk rakyat dalam menyuarakan pandangan dan pendapat berhubung isu perpaduan didalam negara.

“Sesi maklum balas rakyat yang bertemakan “Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat” dilaksanakan di setiap daerah, di seluruh negara sepanjang Ogos dan September 2020,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda