Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Syukuri Nikmat Sebagai Rakyat Malaysia

By 20 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi (Jempol)/Noorfaezah Zahari (SMK Lui Barat)

JEMPOL, 20 Sep (Malaysiaaktif) – “Walaupun telah lebih dua minggu berlalu, namun sambutan hari lahir tahun ini lebih istimewa dan langsung tidak dijangka,” demikian luahan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat, Mohd Alif Haikal, 13 tahun, apabila hari lahirnya disambut bersama seluruh warga sekolah bersempena Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Program Merdeka@Kelab Malaysiaku, pada Jumaat lalu.

“Saya tahu hari ini diadakan majlis penutup bulan kebangsaan tetapi tidak sangka akan diraikan untuk mereka yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September, tidak pernah dalam hidup saya diraikan sebegini dan ini kenangan yang sangat manis serta tidak akan dilupakan,” ujar beliau terharu.

Alif Haikal bersama dua lagi rakannya teruja dan bersyukur kerana dapat bersama-sama Pengetua dan Guru-guru memotong kek hari lahir dan juga turut menerima hadiah hari lahir daripada Pejabat Penerangan Daerah Jempol melalui Kelab Malaysiaku sekolah tersebut.

Upacara memotong kek pelajar yang lahir pada dalam bulan kebangsaan.

Upacara memotong kek pelajar yang lahir pada dalam bulan kebangsaan.

Sementara itu, Pengetua SMK Lui Barat, Mahat Bujang dalam ucapan perasmian penutup mengajak seluruh warga sekolah agar bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia dan  hidup bersama dengan aman dan damai.

“Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kepada semua pelajar, jangan hanya malaungkan ‘Merdeka’ tanpa memahami, menghayati dan menterjemahkannya perkataan tersebut dalam kehidupan harian.

“Program Penghayatan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia ini harus dicakna dan diolah dengan pelbagai cara dan kreativiti supaya ianya mudah untuk diterjemahkan kepada semua dan para pelajar khususnya.

“Dengan adanya penglibatan dan bantuan dari agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan ianya memantapkan lagi program yang diadakan disekolah ini selain usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri setiap rakyat negara ini,” tambah beliau lagi.

-AK

Tinggalkan komen anda