Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pakaian Tradisional Warnai Sambutan Hari Malaysia

By 21 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Sharif (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 21 Sep(Malaysiaaktif) –Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara (SPU), baru-baru ini telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Kepala Batas, bertemakan Pakaian Tradisional Malaysia bagi memupuk perasaan cinta rakyat terhadap negara bermasyarakat majmuk seperti perpaduan, kerjasama dan keamanan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.

Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahmad Darus, berkata semua golongan masyarakat perlu mempertahankan perpaduan di antara kaum demi masa depan generasi akan datang.

Ucapan Perasmian yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Darus.

Ahmad Darus ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan, tidak menghalang keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini.

“Prinsip Rukun Negara yang telah diisytiharkan 50 tahun yang lalu berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh dan prinsip-prinsip tersebut jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Kepala Batas, di sini baru-baru ini.

Sebahagian tetamu memakai busana Melayu bertemakan Pakaian Tradisional Malaysia mewarnai Sambutan Hari Malaysia 2020.

Sebahagian tetamu memakai busana Melayu bertemakan Pakaian Tradisional Malaysia mewarnai Sambutan Hari Malaysia 2020.

Sementara itu, beliau bersama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Lim Ann Teck, memakai pakaian tradisional masing-masing telah turut serta dalam Konvoi Unit Bergerak Jabatan Penerangan dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi dari Northern TRK Adventure Club mengelilingi sekitar kawasan Kepala Batas.

Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Lim Ann Teck.

Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Lim Ann Teck.

Terdahulu, Majlis Program ini bermula dengan persembahan deklamasi Puisi oleh Nadhilah Suhaimi bertajuk Ke Ruang Katarsis, karya Zaen Kasturi, yang merupakan Johan Sayembara Puisi Kemerdekaan Ke-27 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Pelepasan Konvoi Motosikal berkuasa tinggi oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Darus.

Pelepasan Konvoi Motosikal berkuasa tinggi oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Darus.

Selain itu, Majlis turut dipersembahkan nyanyian Lagu-lagu Patriotik dan tayangan video khas yang memaparkan mesej tentang proses kemerdekaan dan kejayaan negara bermula dari tahun kemerdekaan sehingga tahun 2020 serta pertandingan akhir dengan Anugerah Pakaian Tradisional Tercantik bagi Kategori Lelaki dan Wanita.

-ii-

Tinggalkan komen anda