Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiga Cedera Lif Rosak di Jinjang

By 19 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Lima individu berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas lif yang dinaiki di sebuah flat di Taman Batu Permai, Jinjang, di sini, mengalami kerosakanĀ pada petang semalam.

Dalam kejadianĀ pada 2 petang itu,Ā terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsurĀ secara perlahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkataĀ pengadu dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat tiga mangsa lelaki dan dua kanak-kanak terperangkap dalam lif itu.

“Namun dengan bantuan penduduk, lif terlibat dapat dibuka dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat. Bagaimanapun tiga mangsa telah mengalami bengkak kaki dan terseliuh serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan manakala dua kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,ā€ katanya.

Shanmugamoorthy berkata pihak Jabatan KeselamatanĀ danĀ Kesihatan Pekerjaan turut tampil untuk siasatan sebelum syarikat penyelenggaraan lif terbabit mencari punca kejadian dan membaikinya.

“Kejadian seumpama seperti ini adalah pertama kali berlaku dan sebelum ini lif berkenaan diselenggara dengan baik serta mengikut jadual,” katanya.

—Ā BERNAMA

Tinggalkan komen anda