Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Beberapa Pejabat, Kaunter LHDN Kembali Beroperasi

By 29 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Beberapa pejabat dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Selangor akan kembali beroperasi mulai esok, namun dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata antara yang dibuka semula mulai esok ialah perkhidmatan kaunter setempat dan duti setem pejabat LHDN cawangan Shah Alam dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain itu semua kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu bermula Isnin pula semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi akan dibuka, dengan perkhidmatan kaunter setempat dan kaunter penerimaan borang di bangunan berkenaan akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Turut akan dibuka semula ialah operasi Hasil Care Line dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda