
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Pulau Pinang menganjurkan Program [email protected] Bersama Pewaris Negara bertujuan untuk mendedahkan golongan muda kepada pencegahan jenayah dan amalan norma baharu dalam kehidupan seharian di sini.
Program [email protected] ini adalah inisiatif JaPen Negeri Pulau Pinang sebagai wadah penyampaian maklumat dalam pelbagai kempen dan usaha kerajaan bagi mendedahkan kepada orang ramai mengenai isu-isu yang berlaku pada hari ini.

Suasana kehadiran tetamu jemputan dan Pelajar ILP dalam Program [email protected] Bersama Pewaris Negara.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Lee Chong Chern, berkata program sebegini amatlah baik bagi memupuk golongan belia dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembudayaan Norma Baharu bagi mencegah dan memutuskan rantaian COVID-19.

Ucapan Perasmian Program [email protected] Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) oleh Ketua Polis Daerah SPS, Lee Chong Chern.
“Penglibatan dan pemerkasaan dalam komuniti bagi membudayakan norma baharu adalah penting, sebagaimana program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan ini,” katanya ketika ditemui sempena program, di sini baru-baru ini.

Pengarah JaPen Pulau Pinang, Lim Ann Teck, telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah-penceramah dan turut dihadiri oleh Pengarah ILP Arumugam Pillai, Azman Ibrahim.
-ii-