Skip to main content
Berita TimurTerengganu

COVID-19 Satukan Komuniti dengan Jabatan Kerajaan

By 30 Oktober 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: RA Othman/Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 30 Okt (Malaysiaaktif) – COVID-19 secara tidak langsung telah menyatupadukan komuniti terutama masyarakat setempat dengan Jabatan Penerangan Malaysia khususnya Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Marang melalui program Sepakat@Komuniti Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19.

Program ini diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Asrama Anak-anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong dan di Kampung Jambu Bongkok, Marang dan berjaya memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat setempat sepanjang ianya diadakan.

Pengetua Asrama Anak Yatim Darul Falah Norina Mohamad, 46, berpuas hati dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasukan PPD Marang kerana telah memberi ilmu pengetahuan berguna tentang pentingnya memutuskan rantaian COVID-19 selepas fasa ketiga gelombang yang kini sedang melanda negara kita.

Sokongan padu penduduk Kampung Jambu Bongkok menjayakan program ini amat menggalakkan.

Sokongan padu penduduk Kampung Jambu Bongkok menjayakan program ini amat menggalakkan.

“Ternyata program ini sangat bermanfaat dan memberi kesedaran yang besar buat pelajar-pelajar di sini kerana taklimat pencegahan yang disampaikan oleh pegawai kesihatan amat berguna dalam kehidupan seharian kita terutamanya kanak-kanak dan remaja yang sangat mudah terdedah kepada bahaya virus ini,” katanya ketika memaklumkan pelajar-pelajar di Asrama Darul Falah diawasi dengan ketat setiap masa seperti menjaga penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri serta mengikut segala ketetapan dan peraturan yang telah diwartakan.

Sepanjang pelaksanaan program ini, Pegawai Kesihatan di daerah Marang telah diundang untuk menyampaikan taklimat berkenaan pembudayaan norma baharu dalam menangani COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan yang patut diambil tahu dan dipraktikkan dalam amalan seharian kita.

Taklimat dan demonstrasi yang disampaikan oleh Zuraimi Razali dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang berjaya menarik perhatian komuniti Kg. Jambu Bongkok.

Taklimat dan demonstrasi yang disampaikan oleh Zuraimi Razali dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang berjaya menarik perhatian komuniti Kg. Jambu Bongkok.

“Virus Corona ini sangat dahsyat dan amat sukar dihapuskan kerana partikelnya yang terlalu halus sukar dikesan dengan mikroskop apatah lagi dengan mata kasar.

“Jadi, hanya dengan mengikuti saranan penjagaan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja boleh membantu mengurangkan jangkitan dan penularannya,” kata Penolong Pegawai Kesihatan Kanan (Persekitaran) Daerah Marang Zuraimi Razali, semasa meyampaikan taklimat kepada komuniti Kampung Jambu Bongkok.

Menurut Zuraimi, KKM pada masa kini sedang bertungkus-lumus menghadapi kes jangkitan COVID-19, terutama dari negeri Sabah dan Kedah yang kini semakin hari semakin mencabar dengan pertambahan kes positif sehingga menjadikan jumlah kes positif bertambah ke tiga hingga empat angka setiap hari.

Pelajar-pelajar turut diberi peluang merasai sendiri memakai pakaian PPE.

Pelajar-pelajar turut diberi peluang merasai sendiri memakai pakaian PPE.

Selain taklimat kesihatan, program Sepakat @ Komuniti juga mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat kerana komitmen dan tenaga yang dicurahkan dalam menjayakan program ilmu seperti ini.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kami di Kampung Jambu Bongkok untuk bekerjasama menjayakan program ini dengan Jabatan Kerajaan terutama Pejabat Penerangan Daerah Marang dan juga Pejabat Kesihatan daerah Marang.

Pelajar-pelajar Asrama Anak Yatim Darul Falah teruja dengan taklimat dan demonstrasi berkenaan pencegahan COVID-19 yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Marang.

Pelajar-pelajar Asrama Anak Yatim Darul Falah teruja dengan taklimat dan demonstrasi berkenaan pencegahan COVID-19 yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Marang.

“Selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jambu Bongkok, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penghargaan yang diberikan,” kata Abdul Ropal Ngah, 57, semasa menutup program sepakat di kampung beliau.

-ii-

Tinggalkan komen anda