Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Gangguan Air Hampir Berulang, Kilang Lepaskan Sisa Minyak

By 24 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

KUNDANG, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Gangguan bekalan air hampir berlaku di negeri Selangor apabila sebuah kilang dikesan melepaskan sisa minyak sawit ke longkang awam yang alirannya menuju ke Sungai Kundang.

Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata perkara tersebut dikesan ketika operasi pemantauan pihaknya bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Ia susulan pihak kami menerima aduan pencemaran bahan biodiesel yang mencatatkan bacaan melebihi 10 ton pada aliran ke sungai tersebut.

“Kilang berkenaan diarah menjalankan kerja-kerja pembersihan takungan sisa minyak tersebut di bawah notis kacau ganggu (Seksyen 82) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Sisa minyak sawit yang dialirkan ke longkang awam yang alirannya menuju ke Sungai Kundang.

Sisa minyak sawit yang dialirkan ke longkang awam yang alirannya menuju ke Sungai Kundang.

“Kegagalan mematuhi notis yang diberikan itu boleh menyebabkan kilang itu ditutup operasi serta lesen ditarik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, LUAS turut mengeluarkan surat arahan di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk premis itu menghentikan discaj efluen serta merta dan melaksanakan tindakan pembersihan segera.

“Pemilik premis diingatkan agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan agensi berwajib bagi mengelak isu pencemaran berulang dan dikenakan tindakan.

“MPS akan lebih agresif melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan alam sekitar,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda