Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pembacaan Meter Secara Fizikal Dibenarkan

By 24 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Bacaan meter boleh dijalankan secara fizikal oleh pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kediaman orang ramai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Namun, ST menegaskan pembaca meter perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19 seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Mengenai pembacaan meter di kediaman orang ramai oleh pihak utiliti sepanjang tempoh PKPB, ST tiada halangan supaya bacaan meter dijalankan secara fizikal oleh pihak TNB,” menurut ST dalam satu kenyataan.

ST ialah badan kawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Berikutan pelaksanaan PKPB itu, ST turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, dan menggunakan elektrik secara selamat dan berhemah ketika berada di rumah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda