Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Inisiatif Penjana HRDF Melahirkan 150 Modal Insan Yang Produktif Dan Kompetitif

By 19 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak menghadiri Perasmian Majlis Meraikan Pelatih Inisiatif Penjana HRDF yang berlangsung di salah sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan yang merasmikan majlis tersebut secara maya berkata bantuan seperti Penjana HRDF melalui Kementerian Sumber Manusia mampu melahirkan modal insan yang produktif dan kompetitif di Malaysia mahupun di persada dunia.

Ucapan Perasmian Majlis Meraikan Pelatih Inisiatif Penjana HRDF oleh Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan, secara maya.

Ucapan Perasmian Majlis Meraikan Pelatih Inisiatif Penjana HRDF oleh Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan, secara maya.

“Negara sedang mengalami satu masalah yang kritikal, jauh berbeza dengan sebelum ini iaitu melibatkan krisis ekonomi dan krisis kesihatan. Antara usaha kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Manusia dalam membantu rakyat menghadapi pandemik COVID-19 ini adalah seperti Employment Retention Program yang dijalankan bagi meringankan beban pekerja yang diarah untuk bercuti tanpa gaji oleh majikan,” katanya.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan latihan kepada pelatih bagi menjana pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan yang baharu serta meningkatkan kemahiran melalui inisiatif skim PENJANA HRDF.

Seramai 150 orang peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak diraikan dalam Majlis Meraikan Pelatih Inisiatif Penjana HRDF.

Seramai 150 orang peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak diraikan dalam Majlis Meraikan Pelatih Inisiatif Penjana HRDF.

Katanya lagi, sekiranya majikan tidak dibenarkan untuk beroperasi, kerajaan telah memperkenalkan program Program Subsidi Upah di mana pihak kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1,200 kepada majikan agar mereka mampu mengekalkan pekerja.

“Selain itu, Program Hiring Incentive juga diperkenalkan bagi membantu menyuntik sedikit insentif kepada pihak majikan yang mengambil pekerja baru,” katanya.

Salah seorang peserta program, Izul Iman Mohd Azri, berharap agar program seumpama ini diperbanyakkan lagi supaya lebih ramai usahawan dapat dilahirkan di samping memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang baru.

-ii-

Tinggalkan komen anda