Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Generasi Cemerlang Tanpa Dadah

By 19 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Dungun)/ADDK Dungun
DUNGUN, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun menganjurkan Kem Anak Cemerlang melibatkan pelajar sekolah rendah di daerah ini, bagi memberi pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah bermula daripada peringkat awal usia, di sini baru-baru ini.

Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Dungun Sanizahanim Abas, berkata golongan pelajar mudah terjebak dan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat jika tidak diberikan perhatian dan kecaknaan dari awal.

Para peserta teruja menyertai Kem Anak Cemerlang dengan pembudayaan normal baharu.

Para peserta teruja menyertai Kem Anak Cemerlang dengan pembudayaan normal baharu.

“Kem ini salah satu program yang telah diaturkan kepada golongan pelajar di mana AADK Dungun sentiasa mengadakan integrasi bersama pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat bagi mengekang penularan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kesan bahaya penyalahgunaan dadah dalam masyarakat seterusnya membina kemahiran hidup agar tidak terlibat dengan dadah dan perlencongan sosial.

Sanizahanim Abas selaku Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Dungun menyampaikan ceramah pencegahan dadah kepada para pelajar sekolah rendah di Kem Anak Cemerlang.

Sanizahanim menyampaikan ceramah pencegahan dadah kepada para pelajar sekolah rendah di Kem Anak Cemerlang.

“Pengisian aktiviti lebih menekankan latihan dalam kumpulan yang memfokuskan kepada penyalahgunaan dadah dan kami yakin program pendidikan dan pencegahan sebegini mampu menguatkan mental dan fizikal mereka supaya menjauhi penyalahgunaan dadah,” katanya.

Bagi Pegawai AADK Dungun Yusri Mohd, kerjasama erat amat diperlukan daripada semua pihak termasuk masyarakat dalam menyebarluas kempen antidadah kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat umur dan latar belakang.

Perasmian Penutup Kem Anak Cemerlang di sempurnakan oleh pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Cacar, Ustaz Mohd Azman Ali.

Perasmian Penutup Kem Anak Cemerlang di sempurnakan oleh pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Cacar, Mohd Azman Ali.

“Pihak AADK Dungun amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program-program pendidikan dan pencegahan yang dianjurkan oleh pihak AADK dan seterusnya usaha ini amat penting dalam merealisasikan dadah terkawal 2025,” katanya.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda