Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

JKKK Kuantan Bantu Terapkan Norma Baharu dalam Komuniti

By 25 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sepakat@Komuniti Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 bagi memberi kesedaran kepada warga tempatan kepentingan mengamalkan amalan norma baharu ketika ini.

Menurut Pengarah JaPen Pahang Mohd Salmun Mustafa, JaPen Pahang akan terus mempergiatkan program kesedaran berkenaan norma baharu pada peringkat daerah bagi meningkatkan pemahaman serta menerapkan kesedaran masyarakat berkenaan amalan norma baharu ketika penularan pandemik COVID-19 ini.

“Dengan adanya program seumpama ini, ia dapat memberikan pendedahan kepada pengerusi-pengerusi JKKK di daerah Kuantan tentang amalan norma baharu serta menerapkan amalan ini dalam masyarakat setempat di kawasan pentadbiran mereka,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Abdul Razak Ahmad, mengingatkan kepada seluruh anggota masyarakat untuk tidak menyebarkan berita palsu dan menyarankan supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

“Saya berharap negara kita dan seluruh dunia diselamatkan daripada pandemik COVID-19 dan saya turut menyeru kepada semua JKKK dan seluruh masyarakat untuk membudayakan norma baharu ini dalam kehidupan harian.

“Kita perlu memainkan peranan masing-masing agar penularan virus ini dapat dikekang,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda