Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PBT Diharap Pertimbang Pasar Tani Kembali Beroperasi

By 20 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, memohon agar pasar tani di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini yang diarahkan tutup sementara, dibenarkan untuk kembali beroperasi dalam tempoh terdekat.

Pengarahnya Shahrizan Sudiman berharap, PBT dapat mempertimbangkan perkara itu dan pihaknya sentiasa bersedia sekiranya terdapat tambahan prosedur operasi standard (SOP) baharu, dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata hal itu dibangkitkan kerana pihaknya mendapat maklum balas serta keluhan daripada peniaga yang terkesan, berikutan arahan penutupan itu.

“Kita akur susulan (penularan wabak COVID-19), tetapi kita harap rintihan dan keluhan daripada peniaga ini dipertimbangkan.

“Dari segi kawalan, kita akan patuh. Sekiranya tempoh masa tidak boleh berniaga dihadkan sampai jam 12 tengah hari, kita akan patuh termasuk terhadap sebarang SOP tambahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, hari ini.

Shahrizan diminta mengulas mengenai arahan penutupan sementara operasi semua pasar malam, pasar pagi, pasar khas, Bazar Johor Bahru, termasuk empat pasar tani (bukan Pasar Tani Kekal) di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), berikutan penularan kes COVID-19, bermula 16 Okt lepas.

Secara keseluruhan, terdapat sembilan pasar tani di negeri ini diarahkan tutup sementara, iaitu empat di bawah pentadbiran MBJB, Majlis Daerah Simpang Renggam (dua) dan masing-masing satu di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pontian dan Majlis Perbandaran Kulai, melibatkan kira-kira 500 peniaga.

Sementara itu, beliau menggalakkan peniaga yang terkesan untuk memasarkan barangan mereka secara dalam talian menerusi Agrobazaar Online, berikutan platform itu dilihat semakin popular dan menjadi pilihan ramai, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac lepas.

Katanya, nilai jualan melalui platform hasil tani dalam talian itu di negeri ini juga mencecah sehingga RM200,000 bagi tempoh Mac sehingga September lepas.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda