Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pemimpin Masyarakat Setempat Main Peranan Putuskan Rantaian COVID-19

By 20 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Pemimpin masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian COVID-19 kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam kawasan jagaan mereka.

Peranan ini telah dimainkan sebaik mungkin oleh pemimpin tempatan di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Pergam, Kemaman yang mempunyai kira-kira 600 lebih penduduk yang bebas daripada wabak pandemik daripada awal penularan dalam negara sehingga kini.

Roslan Semail yang merupakan Tok Batin Orang Asli Sungai Pergam bijak mendidik penduduk di sini agar “Zon Hijau” di perkampungan mereka kekal dan sentiasa berusaha untuk memastikan pandemik tersebut tidak menjangkiti penduduk orang asli di sini.

Tok Batin Orang Asli Sungai Pergam, Roslan Semail sering nasihatkan penduduk orang asli supaya menjaga kebersihan dengan kerap basuh tangan dan sentiasa mengamalkan norma baharu seperti saranan kerajaan.

Tok Batin Orang Asli Sungai Pergam, Roslan Semail sering nasihatkan penduduk orang asli supaya menjaga kebersihan dengan kerap basuh tangan dan sentiasa mengamalkan norma baharu seperti saranan kerajaan.

“Saya sering nasihatkan penduduk orang asli supaya menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan sentiasa mengamalkan norma baharu seperti saranan kerajaan.

“Agensi-agensi kerajaan seperti FELCRA, Pejabat Dewan Undangan (DUN) Kawasan Air Putih, Pejabat Kesihatan dan lain-lain agensi banyak membantu kami agar sentiasa bebas daripada virus tersebut. Alhamdulillah, penduduk orang asli di sini sentiasa patuh pada arahan atau saranan yang saya berikan kepada mereka,” katanya.

Penjarakan fizikal di sekolah tadika Kemas perkampungan orang asli.

Penjarakan fizikal di sekolah tadika Kemas perkampungan orang asli.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Orang Asli Sungai Pergam, Yu Kedam, yang ditemui berkata Tok Batin adalah orang yang sangat berpengaruh dalam kawasan dan setiap arahan beliau kepada penduduk di sini dipatuhi tanpa berbelah bagi.

“Pada pendapat saya, Tok Batin dari pekampungan Orang Asli Sungai Pergam ini wajar dipuji ekoran keberkesanan beliau memainkan peranan sebagai pemimpin dalam memastikan tiada jangkitan COVID-19 berlaku di kawasan jagaan beliau.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampong (MPKK) Orang Asli Sungai Pergam,Yu Kedam berkata penduduk orang asli sentiasa patuh pada arahan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampong (MPKK) Orang Asli Sungai Pergam,Yu Kedam berkata penduduk orang asli sentiasa patuh pada arahan.

“Peranan tersebut memudahkan saya dan agensi-agensi kerajaan untuk memastikan para penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Keluarga orang asli bersantai di rumah mereka.

Keluarga orang asli bersantai di rumah mereka.

Pertambahan mendadak kes postif COVID-19 pada gelombang ketiga wabak tersebut di Malaysia turut menyaksikan pertambahan jumlah kes positif di Negeri Terengganu yang dilaporkan sebanyak 21 kes yang aktif di seluruh negeri manakala daerah Kemaman masih kekal sebagai Zon Hijau.

-ii-

Tinggalkan komen anda