
Foto: Infografik Kementerian Kewangan
PUTRAJAYA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter sementara diesel tidak berubah bagi tempoh 24 hingga 30 Okt ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu RON95 dan RON97 masing-masing RM1.64 seliter dan RM1.94 seliter, sementara harga diesel RM1.74 seliter.
Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Kerajaan akan terus memantau tren harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat, menurut kenyataan itu.
— BERNAMA