Skip to main content
HomePutrajaya

Petronas Raih Pencapaian Khas Anugerah SAG 2020

By 23 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA,Ā 23 Okt (Malaysiaaktif) – EsriĀ Malaysia mengumumkan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS)Ā sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Khas ESRI dalam Sistem Maklumat Geografi (SAG) 2020.

Esri Malaysia merupakan pihak berkuasa utama negara dalam teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lebih khusus sebagai platform ArcGIS terkemuka di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia Sdn Bhd CS Tan berkata anugerah ini mengiktiraf keberhasilan pengaplikasian GIS dalam projek Pengurusan Aset Paip PetronasĀ yang telah membolehkan pihakĀ PetronasĀ untuk menggambarkan lebih daripada 20 lapisan data spatial dan bukanĀ spatial.

“Teknologi geospatial telah memanfaatkan Petronas denganĀ membolehkan aliran kerja yang lancar. Secara tidak langsung, ini telah mendorongĀ peningkatan produktiviti secara ketara, di samping meningkatkan kerjasama danĀ mempercepatkan proses membuat keputusan,ā€ katanya dalam satu kenyataan.

Tan berkataĀ GIS telah digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikatĀ di bawah kumpulan Petronas sejak tahun 2006 dalam bidang eksplorasi, pembangunan, pengeluaran dan operasi; kejuruteraan dan kemudahan, termasukĀ bidang penyelenggaraan dan pemantauanĀ melalui pemetaan GIS atau alat visualisasi.

“Dengan mengintegrasikan teknologi GIS ke dalam operasi yang sedia adaĀ pelbagai industri, organisasi boleh mengumpulkan semua data dari pelbagaiĀ sumber dan menyalurkannya ke platform yang bersepadu untuk menghasilkan alternatifĀ dalam pelbagai senario sebelum membuat sesuatu,ā€ kata beliau.

Sejak 1985, Esri Malaysia telah membantu pelbagai agensi kerajaan dan syarikat untuk menterjemahkan data mereka ke dalam bentuk peta untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan pengiraan alternatif hasil analisisĀ daripada ArcGIS.

Tan berkata peta yang dihasilkan diĀ platform ini dapat dilihat, diakses dan dikongsi melalui laporan papan pemuka yangĀ sentiasa dikemaskini untuk memastikan data analisis mengikut waktu sebenar.

“Kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak organisasi yang mengumpulkan maklumat berdasarkanĀ lokasi dan mulakan perjalanan ke arah komuniti pintar yang terdiri daripada individu danĀ perniagaan yang berkembang maju seiring penggunaan teknologi canggih,ā€ jelas beliau.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda