Skip to main content
HomePutrajaya

PKPB: SJR Diadakan Semula Di KL, Selangor, Putrajaya

By 13 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Polis akan kembali menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan arahan pelaksanaanĀ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Okt.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl SaniĀ Abdullah SaniĀ berkata sekatan jalan raya itu akan diadakan di beberapa lokasi di tiga negeri terlibat bermula tengah malam ini.

“Sekatan jalan raya akan dilaksanakan sama seperti yang pernah dibuatĀ sebelum ini (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Mac lepas). Arahan penugasan anggota polis di lokasi akan diatur oleh Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Selangor,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkataĀ ATM akan bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.

ā€œATM dan PDRMĀ akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini,ā€ katanya ringkas.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkanĀ kerajaan bersetujuĀ melaksanakan PKPBĀ di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malamĀ 14 Okt hingga 27 Okt ini.

Keputusan itu dicapaiĀ pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini,Ā selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di daerah Klang,Ā Petaling serta daerah Gombak.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda