Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PKPP: 43 Individu, 10 Pemilik Premis Dikompaun

By 11 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 43 individu dan 10 pemilik premis dikenakan kompaun atas kesalahan gagal mematuhi prosedur dalam Operasi Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata operasi dilaksanakan bermula jam 9 malam di enam kawasan balai polis dalam pentadbiran IPD Gombak secara serentak.

“Kesalahan biasa adalah tidak mendaftar dalam buku yang disediakan pemilik premis atau menerusi aplikasi MySejahtera.

Arifai (kanan) sedang memeriksa seorang pengunjung sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dalam Operasi Khas PKPP, malam tadi.

Arifai (kanan) sedang memeriksa seorang pengunjung sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dalam Operasi Khas PKPP, malam tadi.

“Alasan yang diberikan adalah tidak memuat turun aplikasi MySejahtera disebabkan liputan internet yang lemah atau tidak cukup data.

“Kita tidak terima alasan tersebut kerana MySejahtera telah lama diperkenalkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi semalam.

Pelanggan restoran menunjukkan mereka mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera kepada Arifai (tengah).

Pelanggan restoran menunjukkan mereka mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera kepada Arifai (tengah).

Secara keseluruhan, Arifai berkata, beliau berpuas hati apabila majoriti telah menggunakan aplikasi MySejahtera serta sedar keperluan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Diharap masyarakat menyedari bahaya virus COVID-19 yang perlu diputuskan rantaiannya kerana ianya menular begitu pantas.

“Demi keselamatan, dengar arahan kerajaan dan pihak berkuasa serta patuh kepada SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda