Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sindiket ‘Cuci Duit’ : Tiga Pegawai, Dua Anggota Polis Ditahan

By 8 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini.

Tanpa memperincikan butiran lanjut kes itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, hanya lima anggota polis ditahan manakala siasatan kes ini (sindiket ‘cuci duit’) saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata kes ‘cuci duit’ berkenaan mempunyai kaitan dengan macau scam, katanya ringkas.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, suruhanjaya itu telah menemui sejumlah wang tunai kira-kira RM100,000 di kediaman seorang daripada pegawai polis yang ditahan.

“Pegawai polis itu kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda