Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Amalan Pembudayaan Norma Baharu Perlu Ikut SOP

By 10 November 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Peningkatan kes positif COVID-19 dalam gelombang ketiga menimbulkan keresahan dan kebimbangan pelbagai pihak, membuatkan agensi-agensi kerajaan meningkatkan usaha melaksanakan kempen pembudayaan norma baharu bagi membendung penularan wabak ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran, Tengku Hassan Tengku Omar menyarankan masyarakat setempat agar terus mengikuti saranan kerajaan terutamanya melalui amalan pembudayaan norma baharu dengan mendidik keluarga masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Tengku Hassan Tengku Omar  menyukat suhu badan sebelum masuk ke dewan Program Sepakat @Komuniti Pembudayaan Norma Baharu di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.

“Kita sedia maklum akan wabak yang melanda negara, sebagai ketua keluarga kita haruslah pandai melindungi diri dan keluarga untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.”

“Saya faham, bukan sesuatu yang mudah untuk jadikan amalan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan, namun kita tidak punya pilihan dan perlu amalkannya. Selagi tiada vaksin virus tersebut selagi itulah kita perlu berusaha amalkannya mengikut standard operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika merasmikan Program Sepakat @Komuniti Pembudayaan Norma Baharu di Jalan Terkukur di sini, baru-baru ini.

Komuniti setempat yang hadir ke Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Komuniti setempat yang hadir ke Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Tengku Hassan berkata masyarakat perlu mengekalkan amalan CAPP iaitu Cegah, Amal, Patuhi dan Pantau. Cegah virus dengan mendidik keluarga, dapatkan rawatan dengan segera jika bergejala dan sering lakukan saringan suhu badan kita sekiranya masuk ke tempat awam seperti pasaraya atau kedai makan.

Komuniti setempat yang hadir ke Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Komuniti setempat yang hadir ke Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

“Jika kita terus amalkan berkemungkinan kita mampu mencegah penularan virus dalam komuniti kita dan saya berpendapat program sebegini dapat membantu masyarakat setempat untuk lebih peka dengan keadaan semasa dan ada kesedaran untuk mengamalkan budaya norma baharu dalam kehidupan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada asnaf-asnaf di Jalan Terkukur.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Tengku Hassan Tengku Omar  berucap ketika Program Sepakat @Komuniti Pembudayaan Norma Baharu di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.

Seramai 54 orang asnaf yang menerima bantuan ini berterima kasih di atas kecaknaan wakil rakyat membantu mereka dari segi pelbagai kemudahan fasiliti terutamanya ketika musim COVID-19 ini.

Sementara itu, seorang penerima bantuan Nik Zakiah Nik Rosli, 31, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya wakil rakyat atas sikap keprihatinan dan mengambil berat nasib yang di alami oleh golongan miskin, ibu tunggal dan semua golongan yang kurang berkemampuan.

Penerima Bantuan Nik Zakiah Nik Rosli, 31 luah rasa syukur atas bantuan bekalan makanan yang diterima.

Penerima Bantuan Nik Zakiah Nik Rosli, 31 luah rasa syukur atas bantuan bekalan makanan yang diterima.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit beban bekalan makanan keluarga saya terutamanya ketika COVID-19 yang masih melanda dengan pendapatan yang tidak tetap dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula kelmarin,” katanya.

Turut hadir pada program ini Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Fauziah Mohamad Yusop, Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Mohd Othman Abu Bakar dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Ros Naini Arshad.

-ii-

Tinggalkan komen anda