Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amaran Cuaca Buruk di Pantai Timur

By 24 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga hari ini.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, ia melibatkan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh negeri Terengganu, susulan hujan lebat yang dijangka berterusan di tiga negeri itu.

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah serta Jerantut, Bera dan Rompin di Pahang mulai hari ini sehingga Rabu.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda