Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Belanjawan 2021: Terengganu Peruntuk RM1.375 Bilion

By 24 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhafizah Abd Rahim/Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.375 bilion bagi perbelanjaan mengurus berbanding anggaran hasil yang bakal diperoleh sebanyak RM1.25 bilion.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jumlah perbelanjaan mengurus bagi Belanjawan 2021 ini jika dibandingkan dengan Belanjawan 2020 adalah berkurang sebanyak kira-kira 25 peratus.

“Pengurangan yang terpaksa dibuat ini adalah susulan penyusutan anggaran hasil kepada RM1.25 bilion pada tahun 2021 berdasarkan anggaran harga minyak mentah Brent USD40 setong, berbanding RM1.66 bilion pada tahun 2020.

Dr. Ahmad Samsuri berjalan menggunakan tongkat memasuki dewan bagi pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu keempat belas (Belanjawan).

Dr. Ahmad Samsuri berjalan menggunakan tongkat memasuki dewan bagi pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 (Belanjawan).

“Anggaran hasil berjumlah RM1.25 bilion ini adalah daripada hasil cukai sebanyak RM58.56 juta (4.68 peratus), hasil bukan cukai sebanyak RM130.64 juta (10.45 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.06 bilion (84.87 peratus) iaitu termasuk RM933.33 juta royalti petroleum,” katanya sempena Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Menurut Ahmad Samsuri, bagi perbelanjaan mengurus, sebanyak 94.98 juta (6.91 peratus) melibatkan perbelanjaan tanggungan dan 1.28 bilion (93.09 peratus) melibatkan perbelanjaan bekalan yang meliputi pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM774.90 juta (56.36 peratus); emolumen sebanyak RM275.75 juta (20.05 peratus); perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM207.10 juta (15.06 peratus); aset sebanyak RM21.27 juta (1.55 peratus) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain sebanyak RM1 juta (0.07 peratus).

Dr. Ahmad Samsuri membentang Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14.

Dr. Ahmad Samsuri membentang Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14.

“Bertemakan “Melestarikan Kesejahteraan Bersama,” belanjawan kali ini didokong dengan lima teras utama iaitu meneguhkan pelaksanaan agenda Islam dan pembangunan modal insan, menjana semula ekonomi dan pendapatan rakyat, menjamin kesejahteraan keluarga dan sosial, mendigitalisasikan perkhidmatan awam dan melestarikan alam sekitar.

“Bagi menjayakan pelaksanaan Belanjawan 2021 ini tiga (3) pendekatan telah dijadikan panduan dan keutamaan iaitu mengurus perbelanjaan secara berhemah mengikut keutamaan, keperluan dan kemampuan semasa; mengoptimumkan pelbagai peruntukan dan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan memperbanyakkan kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut mengumumkan insentif sebanyak RM800 kepada 13,767 penjawat awam di negeri ini sebagai penghargaan di atas kerja keras, dedikasi dan komited yang diberikan sehingga meletakkan negeri ini antara negeri yang terbaik di Malaysia.

Dr. Ahmad Samsuri membentang Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Dr. Ahmad Samsuri membentang Belanjawan 2021 Negeri Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu.

-ii-

Tinggalkan komen anda