Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga Petrol RON95 dan RON97 Naik Tiga Sen, Diesel Naik Empat Sen

By 28 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam tadi.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).

Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda