Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Harga Petrol RON95, RON97 Naik Dua Sen, Diesel Naik Tujuh Sen

By 21 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan Malaysia

PUTRAJAYA, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda