Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kempen Pembudayaan Norma Baharu Terus Dipergiat Bendung COVID-19

By 4 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah (SPT) giat menguar-uarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu menerusi program ‘Info on Wheels’ (IoW) kepada penduduk setempat.

Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah SM Mohd Noor, berkata usaha mempergiatkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu menjadi wadah penting pada masa ini.

Pihak Polis dari IPD Seberang Perai Tengah, SM Mohd Noor memberi Taklimat ringkas berkaitan Pematuhan SOP.

Pihak Polis dari IPD Seberang Perai Tengah, SM Mohd Noor memberi Taklimat ringkas berkaitan Pematuhan SOP.

“Kempen hari ini adalah gandingan antara Pejabat Penerangan Daerah SPT dan IPD Seberang Perai Tengah untuk melalui program IoW amat membantu masyarakat memahami apa itu SOP,” katanya ketika memberi Taklimat ringkas berkaitan Pematuhan SOP di Pasar Awam Kampung Baru, di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah SPT, Lizza Imelia M. Sulanah dalam taklimat berasingan telah menyampaikan Aplikasi MySejahtera untuk memudahkan orang awam ketahui tentang status dan risiko COVID-19.

Pengunjung Pasar Awam Kampung Baru menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman dalam Kempen Pembudayaan Norma Baharu di bawah Program IOW.

Pengunjung Pasar Awam Kampung Baru menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman dalam Kempen Pembudayaan Norma Baharu bawah Program IoW.

Pada masa yang sama, pengunjung pasar awam juga turut menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman, selain turut diedarkan bahan penerbitan JaPen seperti Penjana, Aplikasi MySejahtera, dan risalah berkaitan Pembudayaan Norma Baharu Bagi Mencegah Penularan COVID-19.

Pengerusi Penjaja Pasar Awam Kampung Baru Loh Peng Chai, berkata program seumpama ini perlu dipergiatkan dan diperbanyakkan lagi memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat di Pulau Pinang.

Pegawai Penerangan Daerah SPT, Lizza Imelia M. Sulanah menyampaikan sumbangan kepada pengunjung.

Pegawai Penerangan Daerah SPT, Lizza Imelia M. Sulanah menyampaikan sumbangan kepada pengunjung.

“Peringatan perlu diberi kepada orang awam yang kadang-kadang cuai dan tidak mematuhi SOP, contohnya seperti mengimbas kod MySejahtera,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda