Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Hebahan JaPen Bantu Tangani Isu Ponteng Sekolah Ketika COVID-19

By 4 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

TELUK KUMBAR, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bayu mengambil inisiatif bekerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau Pinang bagi menangani masalah ponteng sekolah di sekolah tersebut.

Pengetua SMK Seri Bayu Ibrahim Kasa, berkata kehadiran pelajar ke sekolah telah jatuh hingga ke 80% baru-baru ini, terutamanya pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Pengetua SMK Seri Bayu, Ibrahim melahirkan kebimbangan beliau mengenai kehadiran pelajar kepada pihak JaPen Daerah Barat Daya.

Pengetua SMK Seri Bayu, Ibrahim melahirkan kebimbangan beliau mengenai kehadiran pelajar kepada pihak JaPen Daerah Barat Daya.

“Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak sekolah seperti ziarah muhibah dari rumah ke rumah, perjumpaan bersama waris, hebahan di masjid dan surau serta surat pemakluman telah dilakukan, namun kehadiran pelajar masih tidak mencapai peratusan yang telah pihak kementerian tetapkan.

“Paling membimbangkan adalah pada sekitar bulan Ogos dan September yang lalu apabila kehadiran pelajar menurun dengan mendadak sekitar hanya 50% sahaja kerana terdapat kluster positif COVID-19 di kawasan flat berhampiran sekolah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

Guru dari SMK Seri Bayu, Ridhwan mengambil inisiatif sedang menyeru para pelajar kembali ke sekolah.

Guru dari SMK Seri Bayu, Ridhwan mengambil inisiatif sedang menyeru para pelajar kembali ke sekolah.

Menurut Ibrahim, pihak sekolah mendapat kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya (DBD) bagi menyampaikan hebahan secara turun padang untuk menyeru para ibu bapa kursusnya para pelajar untuk datang ke sekolah tanpa perlu bimbang akan keselamatan anak mereka.

Pegawai Pejabat Penerangan DBD, Azimee telah melaksanakan hebahan kepada orang ramai di sekitar kawasan sekolah.

Pegawai Pejabat Penerangan DBD, Azimee telah melaksanakan hebahan kepada orang ramai di sekitar kawasan sekolah.

Sementara itu, Pejabat Penerangan DBD telah melaksanakan hebahan berkenaan Amalan 3W dan Cara Pencegahan COVID-19 di samping hebahan Bahaya Demam Denggi kepada orang ramai di sekitar kawasan Flat Taman Sahabat, Bandar Baru Teluk Kumbar, Kampung Matahari Naik dan Pekan Teluk Kumbar di sini.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda